24/03/2012

MANIA!!!!!



           Assalammualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia. *lagi nak skema kahkahkah* oklah macam mana korang rasa  persembahan Akim masa konsert pertama Mania hari tu? O.K ke K.O, hahahaha, saya rasa macam K.O je. Nak tahu kenapa saya kata K.O. Jom saya review sikit pasal performance saya.
 
          Baiklah bermula dengan persembahan pembukaan dari Bunkface!!! woooooooohooooo meriah dan superb muzik yang bagus. Lepas tu konsert pun bermula, dan Stacy artis Mania pertama membuka pertandingan malam itu, dengan tarian yang baik serta lontaran suara yang bagus pada malam itu. Lepas tu pulak Atilia membuat persembahan dengan muzik yang indah berbentuk Jazz sangat memukau. Estranged pun tak kurang hebatnya dengan trademark muzik mereka sendiri membawakan lagu Rozana dari kumpulan Search.  Hahahaha, lepas tu........ skip. Persembahan Ebi dengan lagu we will rock you, persembahan untuk hot seat yang pertama untuk minggu ini.

         Sambung skip.... hahaha. Ah ni nak cerita sikit. Setelah di amati video saya di atas, baiklah ini review saya untuk performance saya sendiri. Aiyakkk!!! intro pun FLAT KAHKAHKAH, bukan nak menyalahkan teknikal biasalah every live show mmg tak dapat nak elakkan masalah ni. Dan sebenarnya kat stage tu monitor saya tetiba muzik terkuat dari vokal, *nasib saya nyanyi tak menjerit* hahaha. Ah kalau perasan ada hurming sikitkan? sebenarnya saya cuba bagi isyarat kat soundman sebab tak dengar vokal dan bila soundman naikkan volume vokal terus hurming hahaha. Insyaallah next time masalah teknikal ke apa ke saya akan elakkan FLAT tu ye semua hihihi.

         Itu sajalah review saya, saya bukan terel pun pasal vokal ni. Kalau review saya tak cukup pasal performance saya bolehlah rujuk dengan guru vokal anda hihihi. Wasalam, AND THIS IS MY VOICE!!!