29/02/2012

GAFIM HOLIDAY WITH AKIM!!! *TADI LUPA LETAK TITLE RUPANYA* -_-


*gambar oleh kicuk(gemok) bhahaha*

*gambar oleh instagram aku sendiri!!*

              Salam semua, hihihi sorrylah lambatlah update pasal gafim holiday ni, yelah terlupa, dah kena tegur baru nak buatkan. Macam pahat dengan tukul besi, sekali ketuk sekali dia buat, kalau tak ketuk terbiarlah tak gerak-gerak. Ish-ish-ish *sambil gegeleng kepala*.

              Gafim holiday pada tahun ini sememangnya berbeza dari yang sebelumnya kerana tahun ini kami pergi holiday kat PD woooo. Memang sangat best bila ramai juga yang turut hadir untuk bersama menyertai gafim pada tahun ini. Boleh tahan sebab ramai muka-muka baru, freshie uolzz hahaha. Akim cukup berbangga dengan komiti gafim kerana dengan jayanya telah menganjurkan program ini dengan sangatlah berjaya *tetepuk tangan*. Banyak jugak aktiviti yang kami jalankan, dua hari tu rasa macam tak cukup je tau, rasa macam nak seminggu je stay kat sana hahaha.

             Hah dahlah meriah sepanjang program, banyak aktiviti dan paling best Akim rasa sangat happy bila baju untuk gafim holiday kali ini sangat shantek!!!! lawa gila. yelahkan sangat meriah gitu, warne oren sama macam Zahid dulu *ku cinta padamu, pengubat rindu, sayang untuk selamanya cintakan bersatu... jyeah* hihihi, Jadi overall Akim bagi A untuk komiti sebab berjaya menyempurnakan majlis dan Akim ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada gafim holiday terima kasih dengan masa anda, terima kasih kerana sokongan anda. Wasalam, AND THIS IS MY VOICE.

28/02/2012

BLACKBERRY 9900 TUKAR HOUSING!!!




           BB 9900. Ok tadi pepagi lagi saya ke Sungei Wang nak beli housing putih. Bukan apa housing ori  pecah brader tu yang nak tukar tu. Hais memang penatlah memusing mencari housing, akhirnya jumpa jugak. Nak di jadikan cerita dah lama dah bb ni rosak. Terdetik pulak hati nak membetulkannya sendiri *kekonon terellah*.
         
           Hihihi, jangan tak tahu, saya ada kepakaran membuka bb, hihihi bukan nak cakap terellah saya pun belajar dari utube. Tapi kalau dah bukak waranty terjejas tau, so berhati-hati k kalau rasa tak nak lagi waranty bolehlah nak operate phone tu hihihi. Memang pening kepala jugaklah nak membuka phone ni, banyak sangat kerenahnya, boleh gilalah.

            Tapi Akhirnya dapat jugak tukar, dan hasilnya sangat memuaskan. Tetapi touch screen je yang tak dapat nak tukar, bukan apa saya takut kalau rosak, sebab kat situ terlalu sensitif jadi saya biarkan yang lama punya so touch screen jelah yang warne itam, yang lain warne putih menarikkan an an an? hahaha. Apapun terima kasih kerana kunjungi blog yang tak cantik ini. Biasalah kotor bersawang bagai hahaha. Akhir kata, Wasalam. AND THIS IS MY VOICE!!!

27/02/2012

JOM HEBOH KONSERT YOOOO!!!

*gambar oleh @sazlankoreo *
       

            Salam sejahtera semua, apa khabar? hah hari ni saya nak bercakap sikit tentang jom heboh yang baru-baru ini yang di adakan di Melaka Bandar Bersejarah. Baiklah! saya, sebelum konsert live malam semalam ada membuat persembahan di booth Hotlink dari pagi sampai ke petang, bersama-sama dengan Tomok. Sehari sebelum itu Awi Rafael dan juga Tomok sudah pun berada di sana.

            Dan selepas saya membuat persembahan di booth Hotlink terus saya ke "main stage" untuk konsert malam yang akan di adakan live semalam. Sememangnya semalam sangat meriah, dengan pembukaan dari Black dan juga saya, walaupun semalam hujan orang-orang Melaka tetap bersemangat dan juga steady untuk tunggu akan kehadiran artis-artis yang membuat persembahan. Lagu-lagu yang di nyanyikan oleh artis-artis adalah lagu dari Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Dan adalah yang cakap lagu-lagu konsert malam semalam tak best. Pikir balik!!! Sudirman ialah LAGENDA kami artis, serta TV3 semalam memilih lagu-lagu Sudirman untuk memberi penghormatan kepada beliau. dan beliau merupakan idola bagi setiap artis-artis di Malaysia. Dan kalangan orang muda susah untuk memahami dan tiada nilai aprisiasi sebab itu mereka boleh bercakap macam-macam tentang semalam.

            Apapun semalam biarpun hujan, saya sangat bangga dengan orang Melaka kerana sangat sporting dan juga sangat mendalami setiap segmen dalam jom heboh semalam. Dan pada saya Jom Heboh kali ini sangat berbeza dan juga sangat terbaik yang pernah diadakan kerana konsepnya yang sangat bagus dengan tema tribute for Sudirman. Tahniah team TV3 Jom Heboh. Wasalam, AND THIS IS MY VOICE.

25/02/2012

Heboh Di Jom Heboh Melaka!!!

        

*gambar semasa saya (Akim) dan Tomok semasa di booth Hotlink pada Jom Heboh 2011*


        Jom! Jom! Jom! Jom! kita heboh heboh... Salam, hah saya rasa orang-orang Melaka mesti teruja dengan kehadiran Jom Heboh untuk tahun ini yang akan berlangsung di negeri kesayangan anda. Huii happy le ye orang Melaka ramai retis-retis yang ada nanti. hihihi. Semestinya konsert live Jom Heboh akan berlangsung di TV3  untuk semua rakyat Malaysia, dan ramai juga retis yang membuat persembahan pada malam konsert esok. 

        Jom Heboh pada kali ini memilih Melaka, Bandar Bersejarah sebagai "venue" pertama mereka dalam jelajah kali ini. Dan sememangnya ia menjadi satu pembahruan kerana venue kali ini bagi saya sangat menarik perhatian ramai pihak, kerana tempatnya di MITC, di mana MITC ini adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan ia tempat kebanggaan rakyat Bandar Bersejarah ini. Nama penuh bagi MITC adalah Melaka International Trade Centre. Feh!! bangga saya menjadi rakyat Malaysia kerana setiap negeri di negara kita pesat membangun.

       Hah jangan tak tahu, dalam banyak-banyak booth nanti ada booth Hotlink yang menjadi tarikan bagi pengunjung-pengunjung Jom Heboh dimana saya akan membuat persembahan disitu bersama-sama dengan Tomok dan Awi Rafael. Tapi hari ini Awi Rafael akan menghiburkan orang-orang Melaka di tapak Hotlink nanti. Dan pada hari esok saya akan bersama-sama dengan Tomok, so apa lagi orang-orang Melaka, serbu "le" *cakap gaya orang Melaka* hihihi.

       Apa pun saya berharap agar semua orang-orang Melaka boleh datang ke sana nanti dan saya bersama-sama retis lain akan cuba menghiburkan anda dengan sebaik mungkin insyaallah. Dan dengan ini saya mengundur diri dulu yek, pape saya akan update lagi hihihi. Wasalam, AND THIS IS MY VOICE.

23/02/2012

MANIA!! MANIA!! MANIA!!

*gambar oleh ASTRO*

   
        Salam semua, apa khabar? sihat? ok lah topik kita kat sini adalah MANIA!! hah. Apa itu Mania? macam mana konsep Mania ni? riuh, kecoh, dan ramai dok kata benda ni. Macam mana sekali pun pertama sekali saya amat bersyukur sekali kerana tercalon antara finalis untuk 12 orang untuk mania musim pertama ini. Saya bersyukur sebab semua masih lagi menyokong dan juga ada orang yang nampak akan kehadiran saya dalam industri hiburan tempatan kita.

      Baiklah kembali semula kepada topik kita, MANIA ini sebenarnya konsepnya adalah dimana penyanyi-penyanyi ataupun band-band berkumpul untuk merebut gelaran JUARA MANIA untuk musim pertama, sekaligus bertanding antara satu sama lain di pentas yang akan dibuka dan dipertontonkan kepada umum secara langsung di Astro Ria pada setiap minggu *tercunggap sebab cakap tanpa henti, bhahaha*. Hah jadi anda semua berpeluang untuk menonton aksi atau nyanyian secara live oleh para peserta yang bertanding pada musim ini. Saya diberitahu acara ini bermusim, itulah yang diberitahulah semasa sidang media tempoh hari.

      Akan ada seramai 15 peserta dan dipecahkan kepada 3 kumpulan dimana para peserta akan dibimbing oleh 3 komposer yang sangat hebat iaitu, Datuk M.Nasir, Ahmad Dhani, dan juga Aubrey Suwito. Dasyatkan nama-nama yang akan membimbing para peserta. Dan pada sidang media tempoh hari 12 peserta telah pun diperkenalkan kepada media, antaranya adalah, Adira, Saya sendiri (Akim) *jangan lupa undi. Hahaha, sempat promote*, Alyah, Atilia, Awi Rafael, Estranged, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor, Kristal, Shila Amzah, dan juga Stacy. Itulah calon-calon 12 orang. Aik bukan kata 15 orang ke? ok untuk mencukupkan 'kuota' yang bertanding nanti. "Team" Mania telah pun membuka undian online bagi peserta-peserta lain dan mereka semua ada 20 orang. Dan undian yang paling tinggi akan mengisi slot "hot seat" yang tinggal 3 tempat sahaja, jadi yang teratas sahaja dapat menyertai.

     Antara peserta untuk "hot seat" adalah, Aishah, Akma, Aril, Azri, Chaq, Daus, Ebi, Erul, Kay, Fina, Fiq, Idayu, Lena, Maulana, Mohd, Nadia, Noni, Riz, Shawal dan juga Toi. Kesemua peserta "hot seat" ini anda boleh mengundi secara online di www.mania.com.my tapi anda perlulah "log in" akaun Facebook anda untuk mengundi. Jadi apa tunggu lagi kepada anda semua yang rasa ada beberapa peserta yang layak untuk bertanding di pentas Mania, undilah bebanyak.

     Untuk anda semua yang belum lagi jelas dengan penerangan saya di atas, bolehlah ke laman web mania iaitu, www.mania.com.my hah di sana anda bolehlah mengetahui serba sedikit tentang mania ini. Hah apa tunggu lagi sekarang Mania telah bermula, adakah anda sudah bersedia untuk memberikan sokongan kepada artis kesayangan anda? hehehe. "cop-cop-cop", hah! akhir kata dari Akim, JANGAN LUPA UNDI SAYA DALAM MANIA YEP!!! HEHEHE. "AND THIS IS MY SOUND" Wasalam...

03/02/2012

Acuh!!! Alhamdulillah Syukur.

        *gambar dipetik dari http://www.helpwithsinusinfection.org/ *   
     

        Assalammualaikum, pepagi jumaat yang indah ini tetiba rasa nak menulis di blog. Mungkin anda nak tahu apa maksud saya menulis dan apa kene-mengena tajuk dengan tulisan saya yang akan saya tulis. Pertama sekali mungkin anda tahu kesihatan adalah penting, kerana kesihatan mempengaruhi cara atau gaya hidup kita. Jadi kesihatan merupakan satu perkara yang kita tak boleh nak beli di kedai mamak ke atau kedai runcit heh!!! bukan kita boleh cakap kat mamak tu, "mamak kesihatan satu! kuah dhal kasi banjir eh." kita kena mengamalkan gaya hidup yang sihat.

        Baiklah BERSIN, bersin merupakan keluarnya semi otonom yang terjadi dengan kuat dan pantas melalui hidung dan mulut, kelajuan bersin boleh mencapai sehingga 70 m/detik atau (250km/jam). Laju an an an? tapi itu teori dari sudut sains yang menceritakan tentang kejadian bersin. Jadi macam mana pulak kalau bersin yang berulang kali dan terjadi pada waktu pagi? penyakit ini di beri nama "SINUS". Baiklah pada saya sinus ini adalah satu penyakit di mana boleh di katakan SILENT KILLER. Kenapa saya kata seperti itu, dasyatnya sinus ini dia boleh merebak ke mata dan boleh sampai ke otak kita. Jadi sebab itu kita boleh lihat penghidap penyakit sinus, matanya akan berwarna kemerahan. Ini menunjukkan penyakit sinus akan membawa maut jika tidak dicegah. Penyakit sinus ini sememangnya ada pada setiap individu cuma kritikal atau pun tidak sahaja.

        Ubat sinus masih lagi belum dijumpa kerana bagi pakar, sinus ini hanya boleh dicegah dengan mengelakkan benda-benda yang boleh mengakibatkan sinus atau pun elakkan makan-makanan yang alergik. Pada saya apa yang penting adalah mengamalkan gaya hidup sihat, duduk ditempat yang bersih atau pun menjaga kebersihan, contohnya mandi mengikut jadual, tidur yang cukup, makan-makanan yang berkhasiat dan yang paling penting ingat ada satu je doktor kita di atas tu, rajinlah bersujud kepadanya hanya dia sahaja yang mampu memberikan segalanya dan hanya dialah segalanya.

       Dan dengan itu tamatlah topik ini. Jadi kalau anda mempunyai sinus yang agak teruk, cepat-cepatlah untuk pergi ke doktor supaya tidak menjadi teruk, ingat amalkan gaya hidup sihat, sebenarnya saya ni hah pepagi tadi bersin mungkin sebab tidur lambat, tu yang keluar tu topik ni, hahahaha. Baiklah Wasalam. And THIS IS MY VOICE.