31/01/2012

Bb Baru Dan Rekoding Untuk New Arrangement!!


           Assalammualaikum semua, hah akim nak bagitahu ni Album sulung saya akan keluar kompom, kalau tak de aral melintang pada bulan 3 ini insyaallah, amin. Semuanya adalah berkat sokongan anda semua dan juga berkat doa ibu ayah saya yang tak putus-putus mendoakan kejayaan saya. terima kasih semua atas sokongan anda, saya amat hargainya dan amat berterima kasih dengan segala usaha dan juga segala keikhlasan anda dalam menyokong kerjaya saya.

          Kalau anda semua nak tahu, semalam saya rekod lagu di rumah karya rudi atau kunci demak. Fuyohhh!! tahu tak lagu JANJI saya diubah menjadi lebih baik dan arrangement dia simple dan best. Hanya untuk alnum saya nanti. Dan mungkin lagu janji akan di featuringkan dengan mengikut arrangement yang baru ini saya mungkin akan mengambil seseorang untuk feat dengan saya. Hah anda rasa siapa boleh? insyaallah kalau benda ni jadi saya akan jadi orang yang sangat happy kerana percubaan pertama saya, dengan album sulung ini di terima oleh anda semua, kalau anda sukalah hihihi.

           Pst-pst~ saya dah kembali pakai bb wok, terbaik hehehe. Bb baru ni Curve 9360 spesifikasinya menyokong 3G dan Wifi serta di pertingkatkan 800mb untuk RAM jadi lajunya sama dengan bold 3. Bolehlah sebenarnya ia lagi nipis dan senang dipegang jadi tak perlu risau untuk letak kat poket, tapi kenalah berjaga-jaga dengan phone ni kalau letak kat kocek sebab takut jatuh pulak nanti. Harganya pulak sangat berpatutan RM1122 untuk set brightstar iaitu set original. Jadi kepada yang mahukan social network yang best bolehlah beli.

           Baiklah itu sahaja update saya untuk hari ini. semoga hari anda terus best dan terus menjadi lebih baik dari sebelumnya insyaallah. Saya doakan agar anda akan terus berjaya dimasa-masa akan datang anda dan saya akan cuba menyinari hidup anda dengan menghasilkan produk-produk yang best insyaallah, sekian, wasalam. And THIS IS MY VOICE.

29/01/2012

Review AJL Ke-26

       


     

*gambar oleh TV3*

         Assalammualaikum, AJL kali ini beberepa lagu telah bertanding antaranya awan nano, penakut, sungai lui, kekanda adinda, cinta muka buku, karma, gadis semasa, patah seribu, sedetik lebih, wanita seluruh dunia, huish sangat bagus-baguslah yang masuk. AJL kali ini memang sangat membuatkan orang ramai teruja sebenarnya, sememangnya ramai juga yang tertanya-tanya lagu apa yang akan merangkul juara. Tapi hari ini kita semua dah tahu siapa yang menjuarainya. Tapi kita review dulu eh hihihi.

         Baiklah pembukaan AJL sangat mengagumkan dari Raja Pop kita Jamal Abdillah yang menyanyikan lagu senandung semalam. Abang Awie kita peh!!!! raja rock kita mendendangkan lagu bujang senang feh sangat tu!!!!! tabik bang Awie. Diva kita pun ada lah masa opening tadi tau iaitu Datuk Shiela Majid. Memang pukulan orang lama masih menyengat dasyat sangat, memang dasyat.

         Set pertama, lagu pertama yang membuat persembahan adalah, Projek Pistol dengan lagunya wanita seluruh dunia, terbaik penyanyi dia ni suara bagus dan lagu ni dicipta oleh Boy Clifford vokalis kumpulan ini. Persembahan yang simple tapi arrangement dia dasyat huhuiiii. Lagu kedua pulak ialah, Jaclyn Victor sedetik lebih tinggi betul suara dia. Lagu ciptaan Eddry Abdul Halim. Ramai juga yang terpukau dengan vokal Jaclyn memang dasyat. Dinamik vokalnya sangat bagus. Seterusnya pulak lagu Kekanda Adinda dari Monoloque dan Atilia. Lagu ciptaan Monoloque, lagu ini arrangement dia bagus stail saya suka ada touch kemelayuan terbaik yehuuuu.

        Set kedua pulak, lagunya adalah gadis semasa dari Yuna. Tapi arrangement ni pun bestlah aduh! peningnya memilih yang terbaik an an an? selepas lagu gadis semasa pulak adalah lagu Kalau berpacaran dari Uncle Suhaimi, Altimet dan Ana Rafali lagu oleh Uncle Suhaimi lirik oleh mereka bertiga. Lagu ni enjoy boleh joget eh eh eh ah macam nak joget bila dorang menyanyi hihihi. Hah Najwa Latif cinta muka buku, ciptaan oleh najwa latif.

        Set ketiga, Faizal Tahir dengan karma membuka tirai di set yang ke 3 ini, ciptaan oleh Audi Mok dan Faizal Tahir. Macam biasalah FT terkenal dengan gimiknya, FT bermain piano dan piano di bakar berapi orang kata. Seterusnya lagu Alyah dengan lagunya Kisah Hati ciptaan oleh manusia putih. Best Alyah jadi patung, memang konsep yang bagus untuk malam ini. Dan selepas ini adalah Aizat sungai lui lirik oleh Aizat dan lagu oleh Anas. Lagu ini bagus, saya sangat suka, simple and steady muzik macam coldplay stail bradah.

        Set keempat, Yuna memulakan dengan penakut terbaiklah suara Yuna ni memangnya yang terbaik feel dia dasyat terpegun mendengar. Baiklah lepas lagu penakut lagu awan nano dari Hafiz, lirik oleh Budi Hikayat lagu oleh M.Nasir. juara vokal terbaik tahun lepas hafiz. Arrangement awan nano memang dasyat hari ini lain dari yang lain, lagu ini berpeluang untuk merangkul juara. Feel Hafiz membuatkan aku *hands down*. Bulu roma aku menaik weih. Seterusnya 3 suara dengan lagunya beribu sesalan, 3 vokal yang bagus, antara lagu yang saya predict boleh menang pada AJL pada kali ini. Mereka perform last ni untuk lagu yang bertanding malam ini.

        Closing performance pulak ada, iaitu segmen tribute to Allahyarham Sudirman Haji Arshad dari Black, Hazama, dan Azlan superb wei superb, al-fatihah kepada allahyarham. Dan persembahan terbaik dimenangi oleh, Kisah Hati Alyah, vokal terbaik disandang oleh Hafiz dengan Awan Nano, dan tempat ketiga pula ialah Karma FT, dan tempat kedua adalah 3 suara Beribu Sesalan, dan tempat pertama ialah HAFIZ AWAN NANO PEGHHHHHH!!!!! proud to be AF7 terbaik. Ini dia produk AF dan AF7.

        Dan saya setuju dengan penjurian kali ini. OMG hafiz inilah produk AF yang orang cakap tak berkualiti tetapi Hafiz membuktikan AF bukan produk yang naik dan hilang. Saya banga hafiz lahir dari season saya AF7 jyeah. DAN HAFIZ JUARA LAGI. Sekian, wasalam. And THIS IS MY VOICE.

Konsert Anugerah PPMH 2011




        Konsert Anugerah PPMH semalam yooooo!!! apa pun semalam memang meletup, tahniah kepada Media Hiburan kerana berjaya menganjurkan konsert dan anugerah seperti ini. Kredit patut di berikan kepada semua kakitangan karangkraf kerana berjaya menjayakan event seperti ini. Sebenarnya memang susah untuk membuat sesuatu event tetapi Media Hiburan sudah hampir 27 tahun di dalam pasaran telah berjaya bagi saya pada event mereka kali ini.

        PPMH membuat beberapa anugerah untuk para artis yang dicalonkan dan untuk artis yang hadir pada event kali ini. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah artis hensem, artis harapan dan sebagainya. Sememangnya anugerah seperti ini bagi saya adalah bertujuan untuk para artis dan pembaca-pembaca Media Hiburan untuk berhibur. Memang tak di sangka sebenarnya dahulu event ini kecil-kecilan sahaja tetapi hari ini Media Hiburan membuka satu lembaran sejarah bagi mereka sendiri dengan menganjurkan event yang baik seperti ini.

        Pada malam semalam juga, beberapa artis yang hadir turut memeriahkan event kali ini. Antaranya adalah Abby Abadi, Alif Aziz, Aaron Aziz dan lain-lain *saya pun ada juga ok* hahaha mesti masuk kredit juga hihihi. Dan artis-artis yang terlibat dalam persembahan pula antaranya Stacy, Adira, Awi Rafael, saya sendiri dan lain-lain. Memang ramai juga yang berpuas hati dengan event ini. Hah tak lupa juga dalam kesibukan itu saya dapat kek all the way dari singapore ok hand made tau, dan kek itu mereka cakap untuk belated birthday hihihi. Terima kasih di ucapkan untuk mereka sanggup datang dari Singapore untuk beri kek kat saya, tu lah keknya tengok boleh makan jangan hah!!! bhahaha. Sebenarnya inilah kek pertama saya semasa bitrthday hari tu saya dapat kuih tat je dari ibu hihihi.

        Dan akhir kata dari saya semamngnya event PPMH ini boleh doperbesarkan lagi insyaallah, sebolehnya kalau buat lagi besar kemungkinan akan ramai yang akan hadir. Apa pun saya harap performance saya tadi harap semua terhibur, saya di atas stage hanya seorang penghibur dan tidak lebih dari itu. Sekian, wasalam and THIS IS MY VOICE.

28/01/2012

Anugerah Juara Lagu 26 Siapa Juara?

         Salam semua, apa khabar? saya tahu anda semua ok je, kalau tak ok buat-buat ok je lah ye hehehe. Baiklah saya ada sedikit tekaan untuk AJL pada tahun ini, mungkin anda tak bersetuju dengan pendapat saya tapi ini adalah antara pendapat saya. Jadi jomlah baca sikit, kalau bosan atau tak puas hati mintak maaf saya cuma menjangka sahaja. Hanya menilai dari sudut lagu, lirik dan juga kekuatan penyanyi. Saya bukan terer pun menyanyi, tapi menilai dari sudut pendengar dan juga sebagai seorang komposer.

        Baiklah bermula dengan lagu yang bertanding pada malam esok sememangnya sangat mengagumkan dan sangat hebat-hebat lagu yang bertanding. Dan semuanya adalah antara lagu-lagu yang popular. Jadi mereka layak untuk berada di pentas yang besar itu. Kontroversi juga tak lekang di AJL 26 ini banyak yang menentang akan barisan pemilihan dan cara pemilihan dilakukan. Tapi bagi saya mereka semua layak kerana mereka semua ada kreativiti dan juga mereka ANAK SENI. Apa pun yang berlaku nanti kita kenalah menerima keputusan para juri profesional yang ada nanti. Dan saya dengar cerita ada lebih kurang 22 ke 25 juri yang akan membuat penjurian untuk malam tersebut.

      Seterusnya lagu yang saya jangkakan akan memenangi best vokal untuk malam tersebut adalah, 3 suara dan juga Hafiz. Bukan yang lain tak bagus eh, tetapi kita lihat kekuatan vokal mereka iaitu 3 suara sangat mengagumkan, jika mereka dapat membuat yang terbaik vokal terbaik mungkin milik mereka dan saya jangka jika mereka menang vokal terbaik. kemungkinan besar mereka akan berada di tempat ke 3 atau pun 2. Dan mungkin juga 3 suara mampu menjadi juara. Jika Hafiz menang vokal terbaik beliau mungkin tidak dapat menduduki tempat pertama, barangkali dia akan menduduki tempat ke 3 atau 2. Tetapi Hafiz berpeluang menjadi juara sekiranya beliau tidak menang vokal terbaik. Hah ini bermaksud pada pendapat saya lagu dan lirik Awan Nano berbeza dari yang akan bertanding esok. Senang je malam esok semua lagu pada kekasih tetapi lagu Hafiz berkaitan dengan Awan Nano? anda pun tak tahukan maksudnya? jadi lagu tersebut berbeza dan mungkin akan menjadi juara.

       Apa pun yang akan berlaku pada malam esok kelak, kita tak akan tahu dan semua tak akan tahu. Dan mungkin juga penyanyi-penyanyi pujaan anda akan menang siapa tahukan? tapi di atas itu hanyalah jangkaan saya semata. Ianya terletak ditangan pihak juri dan juga kepada kekuatan lagu itu sendiri. dan apa pun terima kasih kerana membaca blog saya hehehe. Wasalam dan salam satu Malaysia, and THIS IS MY VOICE.

27/01/2012

Pangkah Jangan Tak Pangkah!!!!


            Pangkah yang mana eh? hihihi. Yelah sekarang ni nak mengundi, punyalah beriya ibu saya ni suruh saya berdaftar sebagai pengundi di pejabat pos kihkihkih. Nak dijadikan cerita, ayah saya dapat berita bahawa pengundi boleh berdaftar di pejabat pos. Jadi saya pun rasa-rasanya nak jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk keluar pergi mengundi nanti insyallah.

            Bukan susah pun nak mendaftar sebagai pengundi ni hah! sekarang online pun boleh. Tapi nanti dah berdaftar jadilah pengundi yang bijak, bukan apa kita ni sebagai rakyat Malaysia ada kuasa untuk memilih pemimpin kita sendiri. Jadi mana yang belum daftar hari isnin saya rasa last untuk mendaftar sebagai pengundi. Banyak juga cerita pasal mengundi ni sebenarnya, yelah macam yang kita tahu banyak cerita-cerita pasal politik baru-baru ini. Saya sebagai rakyat yang memerhatikan politik yang ada di dalam negara kita sekarang ini merumuskan bahawa kerajaan yang sedia ada ini lebih mementingkan RAKYAT. Dengan itu saya sebagai rakyat Malaysia bukan nak menyokong mana-mana pihak. Tetapi kerajaan kita sudah banyak MEMBANTU dan MEMBANGUNKAN NEGARA KITA.

            Politik ni sebanarnya dasyat, sangat dasyat. Kita sebagai rakyat terkadang keliru dengan isu-isu politik dan permainan politik sekarang. Barangkali ada isu yang sengaja dibangkitkan bagi mendapat perhatian media mahupun simpati dari rakyat Malaysia yang SANGAT PERIHATIN. Jadi saya harap pengundi-pengundi yang bakal menundi pada tahun ini berfikir sebelum menyokong mana-mana parti, agar tidak menjadi kesusahan antara kita esok kelak, dan kita sedia maklum bahawa beberapa negeri telah dipegang oleh pihak PEMBANGKANG. Fikirlah sendiri apa yang dijanjikan apa yang kita dapat? mungkin kita tak nampak permainan politik, tetapi kita dapat melihat sejauh mana parti yang mementingkan kepentingan parti atau individu dari parti yang memntingkan negara dan rakyat. sesamalah kita berfikir agar tidak ada kesilapan seamasa kita membuat undian nanti.

           Haish. Cerita pasal politik ni sebenarnya sangat sukar. Tetapi saja je nak menulis bagi kita pemahaman sedikit, saya bukan tahu sangat pasal bidang politik ni. Politik ni berada di mana-mana sahaja, jadi kita hendaklah berhati-hati dan juga bertegas dalam "memangkah" nanti. Saya doakan agar anda semua nanti akan selamat dan akan memilih sebaik mungkin dalam PILIHAN RAYA akan datang nanti. Wasalam dari Akim, and THIS IS MY VOICE.

Hindustani Jyeah Hindustani



          Assalammualaikum dan salam satu malaysia, apa khabar semua? amacam hari-hari anda? baik atau tidak? harap baik selalu jyeah. Baiklah hari ni saya pergi Pavilion bersama-sama dengan Aril a.k.a Ajam the Gambler *nama time dia shuffle dulu bhahhaha*. Mula-mula plan nak lepak je, sekali timbul idea di sudut pemikiran saya untuk ajak Ajam pergi ke pavi beli cerita hindustan kihkihkih. Betul-betul rasa macam nak tengok cerita fefeeling cenggini hahaha.

         Dan apa lagi pergilah pavi kami bertiga. Ajam saya dan Jepp *kawan baik ajam*. So cari punya cari punya cari, jumpalah tiga movie ni hah! korang nak tahu ni semua Ajam yang pilih, dia kata cerita ni *NANGIS WEIHHHHH!!!!*. Ok saya pun belilah hahahaha. Pas tu nak on the way balik, terjumpa pulak abang Reza Mohammad. Tu yang dia tweet tu saya pegang DVD hindustan hihihi.

         Oklah sampai situ jelah ceritanya, kihkihkih. Apa pun cerita MY NAME IS KHAN ni saya belum tengok lagi, nak tengoklah macam mana sedihnya cerita ni, mihmihmih. Harap-harap cerita ni buat saya menangis *wuuuuu-wuuuu-wuuuuooooo*. Oklah sampai sini dulu ok, pape pun nak layan kejap kihkihkih. Wasalam dari saya, Akim. AND THIS IS MY VOICE.

Tamiya mini 4WD


          Salam semua apa khabar? sihat tak? ok mari le dengar cerita pasal mini 4WD ni. Gambar di atas adalah antara contoh kereta mini 4WD PRO set. Dimana satu kotak PRO SET  berharga RM50 dan keatas, bergantung pada jenis standard to limited (tidak termasuk eksesori). Cewah dah macam promosi pulak saya ni hahaha.

          Sebenarnya dulu masa kecik-kecik saya suka main benda ni. Sampai duit raya habis, siap kena marah lagi dengan ibu. Hahahaha, kelakar bila ingat cerita lama. Tapi sebenarnya kereta mini 4WD ni membuatkan otak kanak-kanak berfikir, bagus untuk perkembangan budak. Permainan seperti ini menuntut pemikiran yang bagus dan membantu meningkatkan kreativiti individu itu sendiri.

          Tapi sangat terkejut juga bila masa saya baru-baru ini pergi ke kedai Tamiya. bila masuk saja ada 'track' mini 4WD. Apa yang membuatkan saya terkejut adalah yang main mini 4WD bukan lagi hanya kanak-kanak tapi orang dewasa. Dan bila saya tanya, *berapa berhabis duit dengan benda ni?* dia kata *beribu jugalah* saya pun jawab, *puyoooohhhhhhh!!!!!*. Start dari situ mmg sangat teruja bila tengok kereta dorang dan cara dorang setup benda ni menjadi lebih ganas dan laju. Jadi saya pun terjebak dan membelinya. Hahaha. Ok lah apa pun siapa yang nak terjebak kedai Tamiya ni berada di One Utama (new wing) parking B2 Shop Lot ok. Wasalam.

24/01/2012

Muzik Video "MESTI ADA CINTA"



          Salam, ya di atas tersebut adalah muzik video terbaru Akim berduet dengan Fiq Mentor tajuknya MESTI ADA CINTA. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh KUNCI DEMAK. Baiklah sedikit sebanyak tentang lagu ini dan ulasannya seperti berikut. 

          Lagu MESTI ADA CINTA ini sebenarnya menceritakan tentang kisah Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, tajuk mesti ada cinta ini membawa maksud ada pertolongan di akhirat kelak dari baginda untuk umat akhir zaman sepeti kita semua ini. Hanya beliau sahaja yang mampu menolong kita kelak, tiada nabi lain yang terdaya untuk menolong kita ketika kita di hisab di padang masyar esok. Sesungguhnya Allah Taa'la sendiri berselawat keatas baginda ini bermaksud kita perlulah berselawat supaya baginda kenal akan kita bila kita meminta tolong pada hari pembalasan nanti. Insyaallah. itulah cerita serba sedikit tentang maksud lagu di atas. Sepertimana yang diberitahu oleh penulis liriknya iaitu Kunci Demak. Mesti Ada Cinta ini bermaksud Mesti ada sang pencinta kita iaitu Muhammad S.A.W dan dialah yang mencintai kita.

        Untuk muzik video ini pula berlainan dengan maksud lagunya. Jadi director duduk berbincang dan mendapat idea yang baik. Mereka mencadangkan bahawa muzik video menunjukkan MESTI ADA CINTA KELUARGA. Ini kerana bagi menyedarkan semua, sejauh mana kita terlencong keluarga sahaja yang mampu terima kita seadanya. Dan didalam video ini saya sebagai abang kepada adik perempuan saya iaitu FIEQA MALIK dan fiq sebagai abang saya. Jadi disitulah timbulnya konflik ataupun permulaan kawan makan kawan dan akhirnya saya menyesal. Tetapi saya sedar kawan hanya sementara cuma masa kita gembira sahaja. Akan tetapi KELUARGA jugalah yang mampu membangkitkan semangat saya untuk terus hidup dan berubah didalam video ini. 

        Jadi rumusan yang boleh kita buat untk video ini adalah, keluarga jangan pernah kita abaikan. Dan jadilah orang yang memilih kawan dan bukannya berkawan dengan orang yang suka mengambil kesempatan. akhir kata. "Kawan yang bagus tidak akan memuji anda, malah mereka akan mengkritik anda supaya anda menjadi lebih baik dari sebelumnya".

Apa Yang Tahu?

         Salam, lama saya tak update blog, ni hah satu isu untuk anda. Kekadang orang selalu cakap mereka tahu tentang orang ini dan tahu tentang orang itu. Entahlah tak paham betul dengan situasi sekarang ni. bukan nak cakap apalah. Kalau tak tahu apa-apa jangan berani nak cakap pasal orang. Apa pun soalan ditujukan jangan cuba sesekali untuk MENGAIBKAN orang. Tetapi manusia selalu lupa akan tentang ini. dan selalu mengambil remeh tentang perkara tersebut. Cuba kita renungkan dan belajar sesuatu dari pada orang sekeliling dan jangan sewenang-wenangnya cuba bercakap tentang orang lain jika tak tahu pasal orang tersebut.

        Ada pula yang cakap, "aku kenallah perangai dia" *pui lah*. Kenal yang macam mana yang dimaksudkan itu? cuba renungkan apa yang kita kenal? bila rasa macam itu mulalah KEEGOAAN melanda. Mulalah kita merasakan yang diri kita ini LEBIH BAGUS DARI ORANG LAIN. Kenapa wujud eh orang-orang macam ni? saya sendiri pun tak paham dengan apa yang beraku. Rasa macam nak, humph entahlah. Mungkin itu sebahagian dari proses untuk memajukan diri kot, rasanyalah. Tapi kenapa manusia macam ni diberi akal eh? humph. Sebab terlampau tahulah orang selalu mengaibkan orang, dunia-dunia.

        Tetapi saya selalu berfikir. Apakah mungkin ini dugaan bila ada orang macam ni, atau proses menjatuhkan orang lain? humph. Walau macam mana pun sekali kita perlu memberi sokongan dan didikan kepada orang macam ni. Tetapi biarlah dengan cara atau saluran yang betul. Kalau kita balas kita kira samalah macam orang yang cakap. "aku tahulah". Tiada siapa yang lebih mengetahui melainkan Allah Taa'la. Wasalam.