25/02/2012

Heboh Di Jom Heboh Melaka!!!

        

*gambar semasa saya (Akim) dan Tomok semasa di booth Hotlink pada Jom Heboh 2011*


        Jom! Jom! Jom! Jom! kita heboh heboh... Salam, hah saya rasa orang-orang Melaka mesti teruja dengan kehadiran Jom Heboh untuk tahun ini yang akan berlangsung di negeri kesayangan anda. Huii happy le ye orang Melaka ramai retis-retis yang ada nanti. hihihi. Semestinya konsert live Jom Heboh akan berlangsung di TV3  untuk semua rakyat Malaysia, dan ramai juga retis yang membuat persembahan pada malam konsert esok. 

        Jom Heboh pada kali ini memilih Melaka, Bandar Bersejarah sebagai "venue" pertama mereka dalam jelajah kali ini. Dan sememangnya ia menjadi satu pembahruan kerana venue kali ini bagi saya sangat menarik perhatian ramai pihak, kerana tempatnya di MITC, di mana MITC ini adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan ia tempat kebanggaan rakyat Bandar Bersejarah ini. Nama penuh bagi MITC adalah Melaka International Trade Centre. Feh!! bangga saya menjadi rakyat Malaysia kerana setiap negeri di negara kita pesat membangun.

       Hah jangan tak tahu, dalam banyak-banyak booth nanti ada booth Hotlink yang menjadi tarikan bagi pengunjung-pengunjung Jom Heboh dimana saya akan membuat persembahan disitu bersama-sama dengan Tomok dan Awi Rafael. Tapi hari ini Awi Rafael akan menghiburkan orang-orang Melaka di tapak Hotlink nanti. Dan pada hari esok saya akan bersama-sama dengan Tomok, so apa lagi orang-orang Melaka, serbu "le" *cakap gaya orang Melaka* hihihi.

       Apa pun saya berharap agar semua orang-orang Melaka boleh datang ke sana nanti dan saya bersama-sama retis lain akan cuba menghiburkan anda dengan sebaik mungkin insyaallah. Dan dengan ini saya mengundur diri dulu yek, pape saya akan update lagi hihihi. Wasalam, AND THIS IS MY VOICE.

23 comments:

  1. hurm , tak dapat pergi tapi tgk kat tv pun jadi ler ..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tak dapat pergii :/ kat tv sure tengokk :DD er , dekat perak nanti akim ada tak ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat perak? ouh tak pastilah. insyaallah kalau ada invitation akim pergi kot. huhuhu.

      Delete
    2. okay :) harap harap akim adaa ^^ btw , i adore your voice :D

      Delete
  4. wahhh mcm best jek abang akim . i wish i can go to ur concert . heheheh btw saya suke dengar abg akim nyanyi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow!!! yeke? tq ye. huhuhu. nanti kalau ada pape event yang melibatkan abang akim datanglah ok.

      Delete
  5. Kalo ade kt sume JH kan besh?? leh pusing2 mesia cm taun lepas.. taun lepas mmg best moment killer.. mkn angin sluro semenanjung.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Taun neh xdo pluang kot nk cutik2 mesia.. xpew laaa.. kalo ade lompong2... hihihi.. tp teset Hotlink taun lepas lg santeq.. wpong ku xsuka merah.. siyes

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeke? tak pe lah yang penting cun an an an?

      Delete
  7. Ohh tidak , nampak je nama akim kat tv , trus ajak ayh g JomHboh , tp ayh tanak pegi ~ Alohaii , ruginyaa :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe. panjang umur boleh jum;a insyaallah.

      Delete
  8. abg akim ,tolong la ajar zaty main gitar :(

    ReplyDelete
  9. Akim, alang2 dah ada kat Melaka tu , dtg lah Muar , hihi :D

    ReplyDelete
  10. awwww tak dapat pegi T_T

    btw akim, i adore your voice ;) sound like Lee Hongki !
    <3<3

    ReplyDelete
  11. bila jom heboh kT kuantan???tak sabar nak jumpa akim..muahahahaha :)

    ReplyDelete
  12. Hurmm, best ar tgk Akim & Tomok nyanyi lagu nasyid..

    ReplyDelete