27/01/2012

Tamiya mini 4WD


          Salam semua apa khabar? sihat tak? ok mari le dengar cerita pasal mini 4WD ni. Gambar di atas adalah antara contoh kereta mini 4WD PRO set. Dimana satu kotak PRO SET  berharga RM50 dan keatas, bergantung pada jenis standard to limited (tidak termasuk eksesori). Cewah dah macam promosi pulak saya ni hahaha.

          Sebenarnya dulu masa kecik-kecik saya suka main benda ni. Sampai duit raya habis, siap kena marah lagi dengan ibu. Hahahaha, kelakar bila ingat cerita lama. Tapi sebenarnya kereta mini 4WD ni membuatkan otak kanak-kanak berfikir, bagus untuk perkembangan budak. Permainan seperti ini menuntut pemikiran yang bagus dan membantu meningkatkan kreativiti individu itu sendiri.

          Tapi sangat terkejut juga bila masa saya baru-baru ini pergi ke kedai Tamiya. bila masuk saja ada 'track' mini 4WD. Apa yang membuatkan saya terkejut adalah yang main mini 4WD bukan lagi hanya kanak-kanak tapi orang dewasa. Dan bila saya tanya, *berapa berhabis duit dengan benda ni?* dia kata *beribu jugalah* saya pun jawab, *puyoooohhhhhhh!!!!!*. Start dari situ mmg sangat teruja bila tengok kereta dorang dan cara dorang setup benda ni menjadi lebih ganas dan laju. Jadi saya pun terjebak dan membelinya. Hahaha. Ok lah apa pun siapa yang nak terjebak kedai Tamiya ni berada di One Utama (new wing) parking B2 Shop Lot ok. Wasalam.

5 comments:

  1. ouh kereta y kne wat operation ni ke?? < msa kcik2 pggil tamiya cengitu...>time kcik2 dapat free je.. but klu nak terjebak balik maunya kmpul duit stahun jawabnya bru ble bli 1 ... ahaha
    siyes klu xde gangguan mmg x hengat dunia r wat bnda ni kan? :)

    ReplyDelete
  2. bkn elok tuk perkembangan otak budak jek..
    elok tuk perkembangan otak org tua gak nih..
    hahahahaha..

    ReplyDelete
  3. lama tak main tamiya..jarang dah jumpa..zaman kanak-kanak ribena selalu lah main

    ReplyDelete