27/01/2012

Pangkah Jangan Tak Pangkah!!!!


            Pangkah yang mana eh? hihihi. Yelah sekarang ni nak mengundi, punyalah beriya ibu saya ni suruh saya berdaftar sebagai pengundi di pejabat pos kihkihkih. Nak dijadikan cerita, ayah saya dapat berita bahawa pengundi boleh berdaftar di pejabat pos. Jadi saya pun rasa-rasanya nak jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk keluar pergi mengundi nanti insyallah.

            Bukan susah pun nak mendaftar sebagai pengundi ni hah! sekarang online pun boleh. Tapi nanti dah berdaftar jadilah pengundi yang bijak, bukan apa kita ni sebagai rakyat Malaysia ada kuasa untuk memilih pemimpin kita sendiri. Jadi mana yang belum daftar hari isnin saya rasa last untuk mendaftar sebagai pengundi. Banyak juga cerita pasal mengundi ni sebenarnya, yelah macam yang kita tahu banyak cerita-cerita pasal politik baru-baru ini. Saya sebagai rakyat yang memerhatikan politik yang ada di dalam negara kita sekarang ini merumuskan bahawa kerajaan yang sedia ada ini lebih mementingkan RAKYAT. Dengan itu saya sebagai rakyat Malaysia bukan nak menyokong mana-mana pihak. Tetapi kerajaan kita sudah banyak MEMBANTU dan MEMBANGUNKAN NEGARA KITA.

            Politik ni sebanarnya dasyat, sangat dasyat. Kita sebagai rakyat terkadang keliru dengan isu-isu politik dan permainan politik sekarang. Barangkali ada isu yang sengaja dibangkitkan bagi mendapat perhatian media mahupun simpati dari rakyat Malaysia yang SANGAT PERIHATIN. Jadi saya harap pengundi-pengundi yang bakal menundi pada tahun ini berfikir sebelum menyokong mana-mana parti, agar tidak menjadi kesusahan antara kita esok kelak, dan kita sedia maklum bahawa beberapa negeri telah dipegang oleh pihak PEMBANGKANG. Fikirlah sendiri apa yang dijanjikan apa yang kita dapat? mungkin kita tak nampak permainan politik, tetapi kita dapat melihat sejauh mana parti yang mementingkan kepentingan parti atau individu dari parti yang memntingkan negara dan rakyat. sesamalah kita berfikir agar tidak ada kesilapan seamasa kita membuat undian nanti.

           Haish. Cerita pasal politik ni sebenarnya sangat sukar. Tetapi saja je nak menulis bagi kita pemahaman sedikit, saya bukan tahu sangat pasal bidang politik ni. Politik ni berada di mana-mana sahaja, jadi kita hendaklah berhati-hati dan juga bertegas dalam "memangkah" nanti. Saya doakan agar anda semua nanti akan selamat dan akan memilih sebaik mungkin dalam PILIHAN RAYA akan datang nanti. Wasalam dari Akim, and THIS IS MY VOICE.

2 comments:

  1. Tak paham. Kenape kalau hafiz menang vokal terbaik, dia tak boleh jadi juara. Mmg mcm tu ke rules AJL? huhuu

    ReplyDelete
  2. bagus2x dh dftr sbg pemillih..akupun baru dftr jg.hihi...bru ckup umo lgpun..kihkih

    ReplyDelete