24/01/2012

Muzik Video "MESTI ADA CINTA"



          Salam, ya di atas tersebut adalah muzik video terbaru Akim berduet dengan Fiq Mentor tajuknya MESTI ADA CINTA. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh KUNCI DEMAK. Baiklah sedikit sebanyak tentang lagu ini dan ulasannya seperti berikut. 

          Lagu MESTI ADA CINTA ini sebenarnya menceritakan tentang kisah Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, tajuk mesti ada cinta ini membawa maksud ada pertolongan di akhirat kelak dari baginda untuk umat akhir zaman sepeti kita semua ini. Hanya beliau sahaja yang mampu menolong kita kelak, tiada nabi lain yang terdaya untuk menolong kita ketika kita di hisab di padang masyar esok. Sesungguhnya Allah Taa'la sendiri berselawat keatas baginda ini bermaksud kita perlulah berselawat supaya baginda kenal akan kita bila kita meminta tolong pada hari pembalasan nanti. Insyaallah. itulah cerita serba sedikit tentang maksud lagu di atas. Sepertimana yang diberitahu oleh penulis liriknya iaitu Kunci Demak. Mesti Ada Cinta ini bermaksud Mesti ada sang pencinta kita iaitu Muhammad S.A.W dan dialah yang mencintai kita.

        Untuk muzik video ini pula berlainan dengan maksud lagunya. Jadi director duduk berbincang dan mendapat idea yang baik. Mereka mencadangkan bahawa muzik video menunjukkan MESTI ADA CINTA KELUARGA. Ini kerana bagi menyedarkan semua, sejauh mana kita terlencong keluarga sahaja yang mampu terima kita seadanya. Dan didalam video ini saya sebagai abang kepada adik perempuan saya iaitu FIEQA MALIK dan fiq sebagai abang saya. Jadi disitulah timbulnya konflik ataupun permulaan kawan makan kawan dan akhirnya saya menyesal. Tetapi saya sedar kawan hanya sementara cuma masa kita gembira sahaja. Akan tetapi KELUARGA jugalah yang mampu membangkitkan semangat saya untuk terus hidup dan berubah didalam video ini. 

        Jadi rumusan yang boleh kita buat untk video ini adalah, keluarga jangan pernah kita abaikan. Dan jadilah orang yang memilih kawan dan bukannya berkawan dengan orang yang suka mengambil kesempatan. akhir kata. "Kawan yang bagus tidak akan memuji anda, malah mereka akan mengkritik anda supaya anda menjadi lebih baik dari sebelumnya".

4 comments:

  1. Byk isu yg boleh di kupas melalui MV neh.. melalui lagu pon komposer dan penyanyi boleh berdakwah.. thumbs up to all of u..

    ReplyDelete
  2. wow, best la lagu ni.. wajib download.. teruskan k abg akim! lot's of love!

    ReplyDelete
  3. walaweyh . serious sedih . hmmph nak ada abang caring macam abang akim . sanggup berkorban utk adik dia :')

    ReplyDelete
  4. sngt best lagu ni . suara abg akim sgt best . :)

    ReplyDelete