29/01/2012

Konsert Anugerah PPMH 2011




        Konsert Anugerah PPMH semalam yooooo!!! apa pun semalam memang meletup, tahniah kepada Media Hiburan kerana berjaya menganjurkan konsert dan anugerah seperti ini. Kredit patut di berikan kepada semua kakitangan karangkraf kerana berjaya menjayakan event seperti ini. Sebenarnya memang susah untuk membuat sesuatu event tetapi Media Hiburan sudah hampir 27 tahun di dalam pasaran telah berjaya bagi saya pada event mereka kali ini.

        PPMH membuat beberapa anugerah untuk para artis yang dicalonkan dan untuk artis yang hadir pada event kali ini. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah artis hensem, artis harapan dan sebagainya. Sememangnya anugerah seperti ini bagi saya adalah bertujuan untuk para artis dan pembaca-pembaca Media Hiburan untuk berhibur. Memang tak di sangka sebenarnya dahulu event ini kecil-kecilan sahaja tetapi hari ini Media Hiburan membuka satu lembaran sejarah bagi mereka sendiri dengan menganjurkan event yang baik seperti ini.

        Pada malam semalam juga, beberapa artis yang hadir turut memeriahkan event kali ini. Antaranya adalah Abby Abadi, Alif Aziz, Aaron Aziz dan lain-lain *saya pun ada juga ok* hahaha mesti masuk kredit juga hihihi. Dan artis-artis yang terlibat dalam persembahan pula antaranya Stacy, Adira, Awi Rafael, saya sendiri dan lain-lain. Memang ramai juga yang berpuas hati dengan event ini. Hah tak lupa juga dalam kesibukan itu saya dapat kek all the way dari singapore ok hand made tau, dan kek itu mereka cakap untuk belated birthday hihihi. Terima kasih di ucapkan untuk mereka sanggup datang dari Singapore untuk beri kek kat saya, tu lah keknya tengok boleh makan jangan hah!!! bhahaha. Sebenarnya inilah kek pertama saya semasa bitrthday hari tu saya dapat kuih tat je dari ibu hihihi.

        Dan akhir kata dari saya semamngnya event PPMH ini boleh doperbesarkan lagi insyaallah, sebolehnya kalau buat lagi besar kemungkinan akan ramai yang akan hadir. Apa pun saya harap performance saya tadi harap semua terhibur, saya di atas stage hanya seorang penghibur dan tidak lebih dari itu. Sekian, wasalam and THIS IS MY VOICE.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday abg akim . .

    ReplyDelete
  3. ape name panjang PPMH tuh??
    heheh..

    ReplyDelete
  4. appy bufday la untuk abg Akim . success always !!

    ReplyDelete
  5. hahaha... semalam pun saya pergi juga konsert tu... tapi tak dapat nak tengok sebab kena balik awal... hihi tapi ape pun dapat juga jumpa artis lain...

    ReplyDelete