31/01/2012

Bb Baru Dan Rekoding Untuk New Arrangement!!


           Assalammualaikum semua, hah akim nak bagitahu ni Album sulung saya akan keluar kompom, kalau tak de aral melintang pada bulan 3 ini insyaallah, amin. Semuanya adalah berkat sokongan anda semua dan juga berkat doa ibu ayah saya yang tak putus-putus mendoakan kejayaan saya. terima kasih semua atas sokongan anda, saya amat hargainya dan amat berterima kasih dengan segala usaha dan juga segala keikhlasan anda dalam menyokong kerjaya saya.

          Kalau anda semua nak tahu, semalam saya rekod lagu di rumah karya rudi atau kunci demak. Fuyohhh!! tahu tak lagu JANJI saya diubah menjadi lebih baik dan arrangement dia simple dan best. Hanya untuk alnum saya nanti. Dan mungkin lagu janji akan di featuringkan dengan mengikut arrangement yang baru ini saya mungkin akan mengambil seseorang untuk feat dengan saya. Hah anda rasa siapa boleh? insyaallah kalau benda ni jadi saya akan jadi orang yang sangat happy kerana percubaan pertama saya, dengan album sulung ini di terima oleh anda semua, kalau anda sukalah hihihi.

           Pst-pst~ saya dah kembali pakai bb wok, terbaik hehehe. Bb baru ni Curve 9360 spesifikasinya menyokong 3G dan Wifi serta di pertingkatkan 800mb untuk RAM jadi lajunya sama dengan bold 3. Bolehlah sebenarnya ia lagi nipis dan senang dipegang jadi tak perlu risau untuk letak kat poket, tapi kenalah berjaga-jaga dengan phone ni kalau letak kat kocek sebab takut jatuh pulak nanti. Harganya pulak sangat berpatutan RM1122 untuk set brightstar iaitu set original. Jadi kepada yang mahukan social network yang best bolehlah beli.

           Baiklah itu sahaja update saya untuk hari ini. semoga hari anda terus best dan terus menjadi lebih baik dari sebelumnya insyaallah. Saya doakan agar anda akan terus berjaya dimasa-masa akan datang anda dan saya akan cuba menyinari hidup anda dengan menghasilkan produk-produk yang best insyaallah, sekian, wasalam. And THIS IS MY VOICE.

17 comments:

  1. waahhh..akim nak kuar album baru ek..
    ni tak sabar nak tggu bulan 3 nih..
    all da best bro!!

    ReplyDelete
  2. wah dah gune bb balik. same lah bb putih ! smart2! ^_^

    ReplyDelete
  3. Could'nt wait for this bro.. Must be at ur best rite.. Chaiyok2

    ReplyDelete
  4. huhuhu tq ya semua sabar ok nanti album keluar dengarlah puas-puas bhahahha.

    ReplyDelete
  5. bb kita sama kaler lahh.huhu.saya punya pun kaler putih.tapi saya punya bb bold 2.ngee ~

    ReplyDelete
  6. wahhh , untungnya abg akim ,
    haah , first album nak keluar ? okay ,
    good luck yaa :)

    ReplyDelete
  7. semoga terus sukses pada masa depan

    ReplyDelete
  8. Congratulation with ur new BB and also new album..
    Good Luck yo!!

    ReplyDelete
  9. wah ....terbaek....x sbr nk tnggu....nice BB....love u...

    ReplyDelete
  10. akim!!! BB white sgt cantekkkk :)!
    pinjam bleyyy ? huhu

    ReplyDelete
  11. wahh mau kuar album dah.. xsbr nk tggu

    ReplyDelete
  12. yeay new album & new bb sama mcm mamanym & hubby mamanym punye :)
    hubby mamanym pun bru belikn bb sama mcm akim.hehe.
    btw, hubby mamanym mtk bbpin akim. die suh akim sms kt no die.
    ohh, lupa nk gtaw, hubby mamanym nama die abu naqiuddin (cousin awk sblh ayh) ingt lg ke? tolonglah respond sbb hubby mamanym yg suh mamanym mtk. mamanym dh tweet akim tp akim xrespond. hrp maklum.

    ReplyDelete
  13. hye akim..dah byk kali tweet tp xbls pun..anak saya aiz suke sgt dgn lajgu janji tu..siap lancar lagi. sehari dkat 10 kali dgr lagu tu.. huhu..and ur new bb sgt cannteekk..hrga pun not bad la !!!

    ReplyDelete
  14. wahh akim , bole lah kasii BBpin hehe :) bole BBM nnt

    ReplyDelete
  15. okay handphone kita sama, warna pun sama! ehem. BB pin please? hik hik :D

    ReplyDelete