28/01/2012

Anugerah Juara Lagu 26 Siapa Juara?

         Salam semua, apa khabar? saya tahu anda semua ok je, kalau tak ok buat-buat ok je lah ye hehehe. Baiklah saya ada sedikit tekaan untuk AJL pada tahun ini, mungkin anda tak bersetuju dengan pendapat saya tapi ini adalah antara pendapat saya. Jadi jomlah baca sikit, kalau bosan atau tak puas hati mintak maaf saya cuma menjangka sahaja. Hanya menilai dari sudut lagu, lirik dan juga kekuatan penyanyi. Saya bukan terer pun menyanyi, tapi menilai dari sudut pendengar dan juga sebagai seorang komposer.

        Baiklah bermula dengan lagu yang bertanding pada malam esok sememangnya sangat mengagumkan dan sangat hebat-hebat lagu yang bertanding. Dan semuanya adalah antara lagu-lagu yang popular. Jadi mereka layak untuk berada di pentas yang besar itu. Kontroversi juga tak lekang di AJL 26 ini banyak yang menentang akan barisan pemilihan dan cara pemilihan dilakukan. Tapi bagi saya mereka semua layak kerana mereka semua ada kreativiti dan juga mereka ANAK SENI. Apa pun yang berlaku nanti kita kenalah menerima keputusan para juri profesional yang ada nanti. Dan saya dengar cerita ada lebih kurang 22 ke 25 juri yang akan membuat penjurian untuk malam tersebut.

      Seterusnya lagu yang saya jangkakan akan memenangi best vokal untuk malam tersebut adalah, 3 suara dan juga Hafiz. Bukan yang lain tak bagus eh, tetapi kita lihat kekuatan vokal mereka iaitu 3 suara sangat mengagumkan, jika mereka dapat membuat yang terbaik vokal terbaik mungkin milik mereka dan saya jangka jika mereka menang vokal terbaik. kemungkinan besar mereka akan berada di tempat ke 3 atau pun 2. Dan mungkin juga 3 suara mampu menjadi juara. Jika Hafiz menang vokal terbaik beliau mungkin tidak dapat menduduki tempat pertama, barangkali dia akan menduduki tempat ke 3 atau 2. Tetapi Hafiz berpeluang menjadi juara sekiranya beliau tidak menang vokal terbaik. Hah ini bermaksud pada pendapat saya lagu dan lirik Awan Nano berbeza dari yang akan bertanding esok. Senang je malam esok semua lagu pada kekasih tetapi lagu Hafiz berkaitan dengan Awan Nano? anda pun tak tahukan maksudnya? jadi lagu tersebut berbeza dan mungkin akan menjadi juara.

       Apa pun yang akan berlaku pada malam esok kelak, kita tak akan tahu dan semua tak akan tahu. Dan mungkin juga penyanyi-penyanyi pujaan anda akan menang siapa tahukan? tapi di atas itu hanyalah jangkaan saya semata. Ianya terletak ditangan pihak juri dan juga kepada kekuatan lagu itu sendiri. dan apa pun terima kasih kerana membaca blog saya hehehe. Wasalam dan salam satu Malaysia, and THIS IS MY VOICE.

11 comments:

  1. ya hope the best will get that award.

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH..so how r u akim?
    any new song?

    ReplyDelete
  3. fine. adalah lagu baru. mesti ada cinta duet dengan fiq mentor.

    ReplyDelete
  4. harap jangkaaan akim jd kenyataan

    ReplyDelete
  5. owhhh..okay..take care akim..semoga sentiasa dilimpahi oleh rahmat ALLAH

    ReplyDelete
  6. Hope so badly that one day Akim will return to AJL...InsyaAllah..jika ada rezeki..:)

    ReplyDelete
  7. hah! bila cite pasal lagu kan, apa sambungan lagu 'janji' abg akim?
    ^_^

    ReplyDelete
  8. sokong 3suara menang ! :) akim tak pegi AJL ker esok ?

    ReplyDelete
  9. nk dgr smbngan lgu 'JANJI'....hehehehhe....suke tgk akim n acha...=D

    ReplyDelete